Sunday, 25 September 2011

Program Bacaan Yaasin dan Solat Hajat SAMTKKB 2011

AJK Dokumentasi- Us Lela & Shazwan
Antara ibu yang hadir
Selamat bersua kembali..semalam jam 9.30 pagi-12 tgh-25 September 2011 PIBG SAMT Kuala Kubu Bharu telah berjaya melaksanakan Program Bacaan Yaasin dan Solat Hajat..Ibu Bapa calon-calon PMR,SMA,SPM,STAM & STPM dijemput hadir bagi manjayakan program ini.Syabas dab tahniah buat semua yang hadir.Majlis dimulakan dengan Solat hajat diikuti bacaan Yaasin yang dipimpin oleh Ustaz Hj Muhammad bin Said.Seterusnya diikuti dengan sesi Akad Ilmu yang dijalankan oleh Ustaz Mohd Harnain selaku wakil Pentadbir & Guru , Tn Hj Radzulai -YDP PIBG mewakili ibu bapa dan saudara Muzaiyed Sarif-Ketua Umum mewakili para pelajar.Tayangan Video Khas bertemakan "Program Keunggulan Akademik " disediakan sebagai tatapan semua yang hadir.Program ini turut diserikan lagi dengan sesi tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Tuan Hj Paimuzi bin Yahya -Pengarah Darul Quran yang juga merupakan Timbalan YDP PIBG sekolah ini.Semoga majlis ini mendapat keberkatan dan menjadi pemangkin semangat calon-calon peperiksaan untuk berjaya dengan cemerlang. Sama-samalah kita doakan. Aminnnnn


AJK Pendaftaran-Us Erly & Us Azura

calon STPM-Hafiq,Farhan & Ayed

Kembar ???ni Adik n Abang...Soleh dan adiknya

Orang Kuat Slide Show...



Dua Lela...Us Norlela & Us Noor Lelawati...


Saudara Syazwan bertugas dengan dedikasi

Tak kira di mana...Solat boleh dilaksanakan











No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget