Monday 19 September 2011

KEM MEMBACA & JATI DIRI TINGKATAN 1&2

Alhamdulillah pada 6 September 2011 (Selasa) yang lalu bertempat di Musolla at Taqwa pihak pengurusan Pusat Sumber SAMTKKB telah berjaya menjalankan Kem Membaca & Jati Diri untuk para pelajar Ting 1 dan 2.
Program ini bertujuan untuk menambah bacaan NILAM dalam kalangan pelajar Menengah Rendah di samping mempertingkat budaya membaca.Guru-guru Pusat Sumber turut membantu menjayakan kelancaran program ini.
Antara pengisian program ialah Klinik Membaca dan Persembahan Kumpulan. Para pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan ternyata mereka memberikan kerjasama yang baik sepanjang program ini berjalan terutama ketika membuat persembahan kumpulan masing-masing. 
Perasmian penutup disempurnakan oleh Puan Norlela Maarof,GPK 1 Akademik pada jam 1.25 petang.Program berakhir dengan penyampaian hadiah dan bacaan doa oleh Ustaz Muhammad Azizi Sarip. 
Taklimat oleh GPM
Aktiviti Klinik Membaca
Slot membaca 10 minit

Aktiviti Kumpulan
Antara Hadiah yang disediakan

No comments:

Post a Comment