Thursday 1 December 2011

SELAMAT BERCUTI

Alhamdulillah berakhir sudah sesi pembelajaran 2011..dan kini bermulalah cuti persekolahan akhir tahun buat semua warga pelajar..apa pun tidak dilupakan calon2 SPM & STPM yang kini berhempas pulas meneruskan perjuangan mereka mencipta kecemerlangan..pastinya guru-guru juga resah menantikan keputusan yang bakal diraih oleh para pelajar tahun hadapan.Tidak dilupakan sebilangan guru yang diamanahkan mengawasi Peperiksaan SPM & STPM..Berkorban masa dan tenaga serta cuti semata-mata menjalankan tugas..semuanya demi kegemilangan anak bangsa..Buat warga pelajar yang sedang bercuti,nikmati dan manfaatkan cuti anda sebaiknya..Selamat Bercuti..dan Moga tahun 2012 yang bakal menjelma menjanjikan seribu satu kecemerlangan buat semua..insya Allah

Friday 18 November 2011

PROGRAM PASCA STAM 2011

31 Okt- 15 Nov 2011..Unit HEM dgn kerjasama Panitia Sivik & STAM telah berjaya menganjurkan Program Pasca STAM khusus untuk para pelajar STAM.Program ini diatur bagi mengisi kekosongan masa para pelajar sebelum mereka menghadapi MUET pada 19 Nov 2011..Pelbagai program menarik diatur antaranya Master Chef, Public Speaking, Mural kantin dan asrama , Program Korban, Riadhah, Khidmat Masyarakat Rumah Anak Yatim Baitul Hasanah KKB, Bowling, Tafaqquh Fiddin, Kembara Rohani, dan tidak ketinggalan Kelas Intensif MUET. Program ini dikendalikan sepenuhnya oleh para pelajar yang diketuai oleh saudara Ahmad Muizzuddin dan dibantu oleh saudari Nur Amira Syuhada serta Nur Hazirah bt Md Saat.Segala program yang diatur berjalan lancar berkat sokongan dan kerjasama yang padu antara semua pihak.Program ini benar-benar melatih para pelajar agar pandai mengatur organisasi dan program dengan penuh dedikasi. Syabas buat semua pelajar STAM. Anda memang hebat!!!

Wednesday 26 October 2011

PEPERIKSAAN SIJIL MENENGAH AGAMA (SMA) 2011

24-28 Oktober 2011...Tibalah kini giliran pelajar-pelajar Tingkatan 4 pula masuk Dewan Abu Hurairah SAMTKKB bagi menduduki Peperiksaan SMA.5 madah utama SMA iaitu B.Arab 1,B.Arab 2, Tauhid Feqah, Tafsir Hadith dan juga Al Quran bakal dihadapi oleh para calon SMA. Berkat kesungguhan para guru dan pelajar , diharapkan semua calon dapat mengharungi cabaran imtihan kali ini dengan tenang. Sasaran imtiyaz bukanlah matlamat utama..sebaliknya keberkatan ilmu dan keredhaan Allah yang dicari.

Tuesday 18 October 2011

GOTONG-ROYONG PUSAT SUMBER SAMTKKB

19 OKTOBER 2011...Hari ini semua pelajar Ting 3 terlibat dengan program keceriaan sekitar kawasan sekolah.Antara lokasi keceriaan mereka ialah Pusat Sumber, Bilik Masakan, Bengkel KHB, Bilik Jahitan, Makmal Sains dan sebagainya. Para pelajar telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut lokasi keceriaan yang telah ditetapkan. Semoga aktiviti ini dapat menceriakan lagi suasana persekitaran SAMT Kuala Kubu Bharu dan menjadikan suasana pembelajaran lebih kondusif dan selesa.









Monday 17 October 2011

PROGRAM PASCA PMR 2011

Alhamdulillah PMR 2011 telah pun berakhir...walaubagaimanapun pelajar-pelajar Ting 3 tidak sempat bercuti panjang..mereka perlu kembali semula ke sekolah mengikuti program Pasca PMR yang diaturkan pihak sekolah bermula 17 Oktober sehingga 10 November 2011.Pelbagai aktiviti telah dirancang seperti NILAM, SPORT DAY,Kuliah Tafaqquh,Keceriaan Sekolah, Kenali Diri, Tahbibullughah,Hari Ini dalam Sejarah,Slot Usahawan Muda, English Day, Smart Solat, CAkna Jawi, Science Day, 'Ijazul Quran, Memartabatkan Bahasa Melayu, Slot Kemahiran Hidup Bersepadu, Slot Tetamu Allah dan juga Program Korban Peringkat Sekolah. Kemuncak program Pasca PMR ini ialah Hari Kemuncak Koko yang akan diadakan pada 10 November 2011. Diharapkan aktiviti yang dirancang mampu melahirkan warga pelajar yang berketerampilan dan berhati waja di samping menggalakkan para pelajar terlibat dengan aktiviti yang berfaedah.





Wednesday 12 October 2011

KEM JATI DIRI MUSLIM PELAJAR 6B PRAUNIVERSITI STPM





 7-9 Oktober 2011 Unit Akademik Ting 6 telah menganjurkan satu program motivasi untuk para pelajar Ting 6B STPM iaitu Kem Jati Diri Muslim Pelajar Prauniversiti. Program ini telah diadakan di IKBN Ampang Pecah,Kuala Kubu Bharu. 
Antara objektif program ini ialah menyuntik semangat dan membina jati diri dalam kalangan pelajar. Program ini dikendalikan oleh Konsultan Al Faliheen Management di bawah seliaan En Muhammad bersama 4 orang fasilitator. Ternyata para peserta bersemangat dan memberikan kerjasama yang baik sepanjang aktiviti dijalankan. Diharapkan para pelajar Prauniversiti SAMTKKB akan terus bersemangat dan mempunyai jati diri yang mantap dalam mengahadapi cabaran pembelajaran mereka pada masa akan datang.

PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM) 2011

12 OKTOBER 2011 RABU-
 ALHAMDULILLAH HARI INI BERMULALAH IMTIHAN STAM BAGI PELAJAR-PELAJAR TING 6. BERMULA DENGAN MADAH HADITH ( 8.00 - 10.30 PAGI) DAN DIIKUTI DENGAN MADAH FIQH YANG BERAKHIR HINGGA JAM 5 PETANG.PEMBACA DOA PERTAMA IALAH SAUDARA AHMAD FAHMI. PEPERIKSAAN DIJALANKAN DI DEWAN ABU HURAIRAH,SAMTKKB.SEMOGA SEMUA CALON MENDAPAT KEPUTUSAN YANG CEMERLANG PADA TAHUN INI.










































MAJLIS RESTU ILMU STAM & MUET

Isnin 10 Oktober 2011 jam 1030 pagi-2 petang 
Majlis Restu Ilmu STAM anjuran unit Kaunseling ini telah diadakan di Musalla At Taqwa. Semua calon STAM 2011 telah dihimpunkan untuk sesi muhasabah dan juga mendapatkan restu daripada para pendidik STAM. Majlis dikendalikan oleh Kaunselor Sekolah iaitu Puan Norlin Aziera dan Puan Lizawati dan dimulakan dengan solat Dhuha dan Solat Hajat. Slot " Kembali Kepada Fitrah" yang dikendalikan oleh Uszh Marzilah telah membawa para pelajar untuk kembali muhasabah diri masing-masing atas segala amalan yang mereka laksanakan selama ini.Majlis diteruskan dengan ucapan Uszh Noor Lelawati selaku wakil guru STAM yang turut mengedarkan bingkisan amanat untuk semua calon.Turut sama memberikan amanat barisan pentadbir yang terdiri daripada Puan Hjh Siti Mureseh- Pengetua SAMTKKB,Puan Norlela Maarof-GPK 1 Akademik dan Ustaz Mohd Harnain Jajuli-GPK HEM.Program berakhir dengan acara bersalaman sesama guru dan juga pelajar bagi mendapatkan restu sebelum mereka menduduki peperiksaan Muet dan STAM tahun ini.



Tuesday 4 October 2011

PEPERIKSAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR) 2011


4 Oktober 2011(Selasa) Hari ini bermulalah cabaran pertama buat Warga Pelajar Tingkatan 3 SAMTKKB apabila mula melangkahkan kaki ke Dewan Abu Hurairah bagi menduduki Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah(PMR). Kedinginan pagi membangkitkan lagi rasa gementar semua calon. Namun berkat doa dan keyakinan dan restu guru-guru serta ayah bonda menjadikan anak-anak ini melangkah dengan penuh yakin dan bersemangat. Peperiksaan hari ini bermula dengan Kertas Bahasa Melayu pada sebelah pagi dan diikuti pula dengan Kertas Pendidikan Islam pada sebelah petang.Tenaga Pentadbir dan guru-guru turut mengiringi calon-calon sebelum masuk ke Dewan Peperiksaan bagi meniupkan semangat terakhir kepada para pelajar.

Friday 30 September 2011

SEMINAR KECEMERLANGAN SEJARAH TING 4

Pada 29 September 2011, Seminar Kecemerlangan Sejarah telah diadakan di Dewan Abu Hurairah, SAMTKKB yang disertai oleh semua pelajar Tingkatan 4.Program ini adalah anjuran Panitia Sejarah dengan mengundang  Penceramah Jemputan yang merupakan Guru Cemerlang Sejarah Negeri Selangor. Para pelajar didedahkan dengan teknik menjawab soalan Sejarah SPM. Seminar ini dikendalikan oleh Uszh Rauzahan selaku Guru Kanan Bidang Kemanusiaan dan Uszh Norapizah Ahmad -Guru MP Sejarah Ting 4.











PROGRAM MEMPERKASA SMA(MASA) 2011

Bermula 26 Sept yang lalu sehinggalah 5 Oktober 2011,Panitia SMA menganjurkan Program Memperkasa SMA (MASA) yang melibatkan semua calon-calon SMA Tingkatan 4 sekolah ini. Program ini mensasarkan kelulusan SMA 100% di samping berusaha meningkatkan bilangan imtiyaz pada tahun ini. Pengisian yang sangat padat seperti Bengkel Menjawab Soalan,Ceramah Motivasi dan sebagainya ini dikendalikan sepenuhnya oleh tenaga pengajar SMA.Ceramah Motivasi telah disampaikan oleh Ustaz Yusuf bin Abd Kadir yang merupakan Editor di Telaga Biru Sdn Bhd.Antara tenaga pengajar yang terlibat ialah Us Rozana,Us Siti FAtimah,Us Abu KAssim,Us Mozirisah,Us Firdaus Amir Ramli,Us Rosnita & Us Zakiah.Diharapkan program ini mampu membangkitkan semangat baru dalam mencipta kecemerlangan SMA tahun ini,insya Allah.




Orang kuat Program MASA , Us MArzilah & Uszh Rozana


Tekun mendengar slot ceramah motivasi




kuliah solat Dhuha oleh Us Azharuddin
bacaan doa oleh Aiman

Ceramah motivasi oleh Us Yusuf Abd Kadir (Editor Telaga Biru)

Monday 26 September 2011

Peperiksaan Percubaan MUET untuk Tingkatan 6 STAM & 6A STPM

HARI INI 27 SEPTEMBER 2011 SEMUA CALON STAM DAN STPM TERLIBAT DENGAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN MUET 2011.PEPERIKSAAN INI TELAH DIJALANKAN DI KELAS MASING-MASING.BERMULA DENGAN PAPER 3( READING ) PADA JAM 08.00-0930 PAGI,DIIKUTI PULA DENGAN PAPER 4 (WRITING) DAN DIAKHIRI DENGAN PAPER LISTENING.PEPERIKSAAN BERAKHIR JAM 2 PETANG.SEMOGA CALON MUET TAHUN INI MERAIH KEJAYAAN YANG CEMERLANG.

Sunday 25 September 2011

SAMBUTAN AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH

 SAMT Kuala Kubu Bharu telah mengadakan Sambutan Aidilfiri Peringkat Sekolah pada 22 September 2011 bermula jam 2.30 petang hingga jam 4 petang. Majlis ini telah disertai oleh seluruh warga sekolah yang terdiri daripada kalangan guru,pelajar dan kakitangan. Kemeriahan jelas terasa dengan limpahan juadah yang pelbagai seperti lemang,rendang,sate,yong tau foo,buah-buahan dan sebagainya. Keceriaan juga terpancar pada wajah seluruh warga sekolah yang hadir memeriahkan majlis ini dengan pakaian yang berwarna-warni. Semoga ukhuwwah yang terjalin berkekalan selagi hayat dikandung badan