Monday 23 January 2012

TAKLIMAT PUSAT SUMBER & NILAM UNTUK ORIENTASI TING 1

Isnin 9 Januari 2012- Satu taklimat berkaitan perkhidmatan Pusat Sumber dan juga NILAM telah diadakan semasa Program Orientasi Pelajar Tingkatan 1.Taklimat berkaitan Pusat Sumber telah disampaikan oleh Ustazah Noor Lelawati Abd Ghani,selaku Guru Perpustakaan & Media , manakala taklimat berkaitan NILAM pula disampaikan oleh ustazah Maharom Marjumat selaku Guru NILAM.Setiap pelajar dibekalkan buku Nilam bagi tujuan merekod bacaan.
Pendedahan tentang faedah Nilam serta tahap pencapaian Nilam diterangkan secara terperinci bagi   menggalakkan budaya membaca dalam kalangan pelajar.

BENGKEL CELIK IT GURU FASA 1



Selasa 17 Januari 2012- Unit Pusat Sumber telah menganjurkan Bengkel Celik IT di Bilik Mesyuarat SAMT Kuala Kubu Bharu.Seramai 12 orang peserta mengikuti bengkel ini yang terdiri daripada tenaga pengajar sekolah ini.Bengkel ini dikendalikan oleh Ustazah Noor Lelawati bt Abd Ghani dengan dibantu beberapa orang fasilitator iaitu Muhammad Hakim Hairudin,Muhammad Faeez Nor Apendi,Farra Azaneen Daud,Nur Izzati,Syazwan Zakaria & Imran.Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan tentang kaedah membuat slide show secara kreatif menggunakan Program Microsoft Power Point yang diharapkan dapat membantu guru-guru mempelbagaikan teknik persembahan dalam PdP masing-masing.Bengkel ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bergantung kepada permintaan dan keperluan para guru.


Monday 9 January 2012

PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 6 STAM 2012

10 Januari 2012 Selasa- Pendaftaran pelajar Tingkatan 6 STAM.Dianggarkan seramai 80 orang pelajar akan mendaftar hari ini.Para pelajar yang terpilih ini adalah daripada sekolah-sekolah Agama Menengah sekitar Selangor.Sebahagian besar adalah daripada bekas pelajar SAMT Kuala Kubu Bharu ini sendiri.Terdapat juga para pelajar yang tidak dapat hadir kerana terlibat dengan Program Latihan Khidmat Negara.Program pendaftaran kali ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh Ustazah Siti Khatijah Mohd Hanafiah yang bertindak sebagai Penyelaras STAM dengan dibantu oleh Guru Kelas iaitu Ustazah Siti Fatimah & Ustazah Rozana (menggantikan Ustazah Rosnaini) serta warga Pengawas dan MPA asrama.Tahniah dan syabas kepada para pelajar yang hadir.Diharapkan mereka terus istiqamah meneruskan perjuangan menduduki STAM 2012.





Wednesday 4 January 2012

PENDAFTARAN TINGKATAN 1

5 JANUARI 2012 - Hari ini bermulalah sesi persekolahan bagi pelajar-pelajar Tingkatan 1 yang mula mendaftarkan diri di SAMT Kuala Kubu Bharu.Ahlan wasahlan buat semua pelajar baru yang hadir bersama ibu bapa dan penjaga masing-masing.Dianggarkan hampir 160 orang pelajar Tingkatan 1 yang mendaftar hari ini.Semoga pelajar-pelajar baru Tingkatan 1 ini bersemangat memulakan sesi persekolahan di SAMT Kuala Kubu Bharu.Sematkan azam untuk menjadi pelajar yang cemerlang dan berjaya dunia akhirat.