Wednesday 26 October 2011

PEPERIKSAAN SIJIL MENENGAH AGAMA (SMA) 2011

24-28 Oktober 2011...Tibalah kini giliran pelajar-pelajar Tingkatan 4 pula masuk Dewan Abu Hurairah SAMTKKB bagi menduduki Peperiksaan SMA.5 madah utama SMA iaitu B.Arab 1,B.Arab 2, Tauhid Feqah, Tafsir Hadith dan juga Al Quran bakal dihadapi oleh para calon SMA. Berkat kesungguhan para guru dan pelajar , diharapkan semua calon dapat mengharungi cabaran imtihan kali ini dengan tenang. Sasaran imtiyaz bukanlah matlamat utama..sebaliknya keberkatan ilmu dan keredhaan Allah yang dicari.

Tuesday 18 October 2011

GOTONG-ROYONG PUSAT SUMBER SAMTKKB

19 OKTOBER 2011...Hari ini semua pelajar Ting 3 terlibat dengan program keceriaan sekitar kawasan sekolah.Antara lokasi keceriaan mereka ialah Pusat Sumber, Bilik Masakan, Bengkel KHB, Bilik Jahitan, Makmal Sains dan sebagainya. Para pelajar telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut lokasi keceriaan yang telah ditetapkan. Semoga aktiviti ini dapat menceriakan lagi suasana persekitaran SAMT Kuala Kubu Bharu dan menjadikan suasana pembelajaran lebih kondusif dan selesa.









Monday 17 October 2011

PROGRAM PASCA PMR 2011

Alhamdulillah PMR 2011 telah pun berakhir...walaubagaimanapun pelajar-pelajar Ting 3 tidak sempat bercuti panjang..mereka perlu kembali semula ke sekolah mengikuti program Pasca PMR yang diaturkan pihak sekolah bermula 17 Oktober sehingga 10 November 2011.Pelbagai aktiviti telah dirancang seperti NILAM, SPORT DAY,Kuliah Tafaqquh,Keceriaan Sekolah, Kenali Diri, Tahbibullughah,Hari Ini dalam Sejarah,Slot Usahawan Muda, English Day, Smart Solat, CAkna Jawi, Science Day, 'Ijazul Quran, Memartabatkan Bahasa Melayu, Slot Kemahiran Hidup Bersepadu, Slot Tetamu Allah dan juga Program Korban Peringkat Sekolah. Kemuncak program Pasca PMR ini ialah Hari Kemuncak Koko yang akan diadakan pada 10 November 2011. Diharapkan aktiviti yang dirancang mampu melahirkan warga pelajar yang berketerampilan dan berhati waja di samping menggalakkan para pelajar terlibat dengan aktiviti yang berfaedah.





Wednesday 12 October 2011

KEM JATI DIRI MUSLIM PELAJAR 6B PRAUNIVERSITI STPM





 7-9 Oktober 2011 Unit Akademik Ting 6 telah menganjurkan satu program motivasi untuk para pelajar Ting 6B STPM iaitu Kem Jati Diri Muslim Pelajar Prauniversiti. Program ini telah diadakan di IKBN Ampang Pecah,Kuala Kubu Bharu. 
Antara objektif program ini ialah menyuntik semangat dan membina jati diri dalam kalangan pelajar. Program ini dikendalikan oleh Konsultan Al Faliheen Management di bawah seliaan En Muhammad bersama 4 orang fasilitator. Ternyata para peserta bersemangat dan memberikan kerjasama yang baik sepanjang aktiviti dijalankan. Diharapkan para pelajar Prauniversiti SAMTKKB akan terus bersemangat dan mempunyai jati diri yang mantap dalam mengahadapi cabaran pembelajaran mereka pada masa akan datang.

PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM) 2011

12 OKTOBER 2011 RABU-
 ALHAMDULILLAH HARI INI BERMULALAH IMTIHAN STAM BAGI PELAJAR-PELAJAR TING 6. BERMULA DENGAN MADAH HADITH ( 8.00 - 10.30 PAGI) DAN DIIKUTI DENGAN MADAH FIQH YANG BERAKHIR HINGGA JAM 5 PETANG.PEMBACA DOA PERTAMA IALAH SAUDARA AHMAD FAHMI. PEPERIKSAAN DIJALANKAN DI DEWAN ABU HURAIRAH,SAMTKKB.SEMOGA SEMUA CALON MENDAPAT KEPUTUSAN YANG CEMERLANG PADA TAHUN INI.










































MAJLIS RESTU ILMU STAM & MUET

Isnin 10 Oktober 2011 jam 1030 pagi-2 petang 
Majlis Restu Ilmu STAM anjuran unit Kaunseling ini telah diadakan di Musalla At Taqwa. Semua calon STAM 2011 telah dihimpunkan untuk sesi muhasabah dan juga mendapatkan restu daripada para pendidik STAM. Majlis dikendalikan oleh Kaunselor Sekolah iaitu Puan Norlin Aziera dan Puan Lizawati dan dimulakan dengan solat Dhuha dan Solat Hajat. Slot " Kembali Kepada Fitrah" yang dikendalikan oleh Uszh Marzilah telah membawa para pelajar untuk kembali muhasabah diri masing-masing atas segala amalan yang mereka laksanakan selama ini.Majlis diteruskan dengan ucapan Uszh Noor Lelawati selaku wakil guru STAM yang turut mengedarkan bingkisan amanat untuk semua calon.Turut sama memberikan amanat barisan pentadbir yang terdiri daripada Puan Hjh Siti Mureseh- Pengetua SAMTKKB,Puan Norlela Maarof-GPK 1 Akademik dan Ustaz Mohd Harnain Jajuli-GPK HEM.Program berakhir dengan acara bersalaman sesama guru dan juga pelajar bagi mendapatkan restu sebelum mereka menduduki peperiksaan Muet dan STAM tahun ini.



Tuesday 4 October 2011

PEPERIKSAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR) 2011


4 Oktober 2011(Selasa) Hari ini bermulalah cabaran pertama buat Warga Pelajar Tingkatan 3 SAMTKKB apabila mula melangkahkan kaki ke Dewan Abu Hurairah bagi menduduki Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah(PMR). Kedinginan pagi membangkitkan lagi rasa gementar semua calon. Namun berkat doa dan keyakinan dan restu guru-guru serta ayah bonda menjadikan anak-anak ini melangkah dengan penuh yakin dan bersemangat. Peperiksaan hari ini bermula dengan Kertas Bahasa Melayu pada sebelah pagi dan diikuti pula dengan Kertas Pendidikan Islam pada sebelah petang.Tenaga Pentadbir dan guru-guru turut mengiringi calon-calon sebelum masuk ke Dewan Peperiksaan bagi meniupkan semangat terakhir kepada para pelajar.