Pada 29 September 2011, Seminar Kecemerlangan Sejarah telah diadakan di Dewan Abu Hurairah, SAMTKKB yang disertai oleh semua pelajar Tingkatan 4.Program ini adalah anjuran Panitia Sejarah dengan mengundang Penceramah Jemputan yang merupakan Guru Cemerlang Sejarah Negeri Selangor. Para pelajar didedahkan dengan teknik menjawab soalan Sejarah SPM. Seminar ini dikendalikan oleh Uszh Rauzahan selaku Guru Kanan Bidang Kemanusiaan dan Uszh Norapizah Ahmad -Guru MP Sejarah Ting 4.
Friday, 30 September 2011
PROGRAM MEMPERKASA SMA(MASA) 2011
Bermula 26 Sept yang lalu sehinggalah 5 Oktober 2011,Panitia SMA menganjurkan Program Memperkasa SMA (MASA) yang melibatkan semua calon-calon SMA Tingkatan 4 sekolah ini. Program ini mensasarkan kelulusan SMA 100% di samping berusaha meningkatkan bilangan imtiyaz pada tahun ini. Pengisian yang sangat padat seperti Bengkel Menjawab Soalan,Ceramah Motivasi dan sebagainya ini dikendalikan sepenuhnya oleh tenaga pengajar SMA.Ceramah Motivasi telah disampaikan oleh Ustaz Yusuf bin Abd Kadir yang merupakan Editor di Telaga Biru Sdn Bhd.Antara tenaga pengajar yang terlibat ialah Us Rozana,Us Siti FAtimah,Us Abu KAssim,Us Mozirisah,Us Firdaus Amir Ramli,Us Rosnita & Us Zakiah.Diharapkan program ini mampu membangkitkan semangat baru dalam mencipta kecemerlangan SMA tahun ini,insya Allah.
Monday, 26 September 2011
Peperiksaan Percubaan MUET untuk Tingkatan 6 STAM & 6A STPM
HARI INI 27 SEPTEMBER 2011 SEMUA CALON STAM DAN STPM TERLIBAT DENGAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN MUET 2011.PEPERIKSAAN INI TELAH DIJALANKAN DI KELAS MASING-MASING.BERMULA DENGAN PAPER 3( READING ) PADA JAM 08.00-0930 PAGI,DIIKUTI PULA DENGAN PAPER 4 (WRITING) DAN DIAKHIRI DENGAN PAPER LISTENING.PEPERIKSAAN BERAKHIR JAM 2 PETANG.SEMOGA CALON MUET TAHUN INI MERAIH KEJAYAAN YANG CEMERLANG.
Sunday, 25 September 2011
SAMBUTAN AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH
SAMT Kuala Kubu Bharu telah mengadakan Sambutan Aidilfiri Peringkat Sekolah pada 22 September 2011 bermula jam 2.30 petang hingga jam 4 petang. Majlis ini telah disertai oleh seluruh warga sekolah yang terdiri daripada kalangan guru,pelajar dan kakitangan. Kemeriahan jelas terasa dengan limpahan juadah yang pelbagai seperti lemang,rendang,sate,yong tau foo,buah-buahan dan sebagainya. Keceriaan juga terpancar pada wajah seluruh warga sekolah yang hadir memeriahkan majlis ini dengan pakaian yang berwarna-warni. Semoga ukhuwwah yang terjalin berkekalan selagi hayat dikandung badan
Program Bacaan Yaasin dan Solat Hajat SAMTKKB 2011
AJK Dokumentasi- Us Lela & Shazwan |
Antara ibu yang hadir |
Selamat bersua kembali..semalam jam 9.30 pagi-12 tgh-25 September 2011 PIBG SAMT Kuala Kubu Bharu telah berjaya melaksanakan Program Bacaan Yaasin dan Solat Hajat..Ibu Bapa calon-calon PMR,SMA,SPM,STAM & STPM dijemput hadir bagi manjayakan program ini.Syabas dab tahniah buat semua yang hadir.Majlis dimulakan dengan Solat hajat diikuti bacaan Yaasin yang dipimpin oleh Ustaz Hj Muhammad bin Said.Seterusnya diikuti dengan sesi Akad Ilmu yang dijalankan oleh Ustaz Mohd Harnain selaku wakil Pentadbir & Guru , Tn Hj Radzulai -YDP PIBG mewakili ibu bapa dan saudara Muzaiyed Sarif-Ketua Umum mewakili para pelajar.Tayangan Video Khas bertemakan "Program Keunggulan Akademik " disediakan sebagai tatapan semua yang hadir.Program ini turut diserikan lagi dengan sesi tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Tuan Hj Paimuzi bin Yahya -Pengarah Darul Quran yang juga merupakan Timbalan YDP PIBG sekolah ini.Semoga majlis ini mendapat keberkatan dan menjadi pemangkin semangat calon-calon peperiksaan untuk berjaya dengan cemerlang. Sama-samalah kita doakan. Aminnnnn
AJK Pendaftaran-Us Erly & Us Azura |
calon STPM-Hafiq,Farhan & Ayed |
Kembar ???ni Adik n Abang...Soleh dan adiknya |
Saudara Syazwan bertugas dengan dedikasi |
Tak kira di mana...Solat boleh dilaksanakan |
Monday, 19 September 2011
KEM MEMBACA & JATI DIRI TINGKATAN 1&2
Alhamdulillah pada 6 September 2011 (Selasa) yang lalu bertempat di Musolla at Taqwa pihak pengurusan Pusat Sumber SAMTKKB telah berjaya menjalankan Kem Membaca & Jati Diri untuk para pelajar Ting 1 dan 2.
Program ini bertujuan untuk menambah bacaan NILAM dalam kalangan pelajar Menengah Rendah di samping mempertingkat budaya membaca.Guru-guru Pusat Sumber turut membantu menjayakan kelancaran program ini.
Antara pengisian program ialah Klinik Membaca dan Persembahan Kumpulan. Para pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan ternyata mereka memberikan kerjasama yang baik sepanjang program ini berjalan terutama ketika membuat persembahan kumpulan masing-masing.
Perasmian penutup disempurnakan oleh Puan Norlela Maarof,GPK 1 Akademik pada jam 1.25 petang.Program berakhir dengan penyampaian hadiah dan bacaan doa oleh Ustaz Muhammad Azizi Sarip.
Program ini bertujuan untuk menambah bacaan NILAM dalam kalangan pelajar Menengah Rendah di samping mempertingkat budaya membaca.Guru-guru Pusat Sumber turut membantu menjayakan kelancaran program ini.
Antara pengisian program ialah Klinik Membaca dan Persembahan Kumpulan. Para pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan ternyata mereka memberikan kerjasama yang baik sepanjang program ini berjalan terutama ketika membuat persembahan kumpulan masing-masing.
Perasmian penutup disempurnakan oleh Puan Norlela Maarof,GPK 1 Akademik pada jam 1.25 petang.Program berakhir dengan penyampaian hadiah dan bacaan doa oleh Ustaz Muhammad Azizi Sarip.
Taklimat oleh GPM |
Aktiviti Klinik Membaca |
Slot membaca 10 minit |
Aktiviti Kumpulan |
Antara Hadiah yang disediakan |
BENGKEL BLOG DI SMK AMPANG PECAH
GPM SAMTKKB, Puan Noor Lelawati & Puan Puspawati bersama 2 orang pelajar iaitu Muhammad Syazwan & Farra Azaneen telah mengikuti Bengkel Membuat Blog Pusat Sumber Sekolah. Bengkel ini telah diadakan di SMK AMPANG PECAH pada 7&8 September 2011. Penceramah utama bengkel ini ialah Puan Saemah, Guru ICT SMK Ampang Pecah..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Theme by Function
© 2008 PUSAT SUMBER SAMT KUALA KUBU BHARU Bloggerized by Falcon Hive.com