Monday, 23 January 2012

BENGKEL CELIK IT GURU FASA 1



Selasa 17 Januari 2012- Unit Pusat Sumber telah menganjurkan Bengkel Celik IT di Bilik Mesyuarat SAMT Kuala Kubu Bharu.Seramai 12 orang peserta mengikuti bengkel ini yang terdiri daripada tenaga pengajar sekolah ini.Bengkel ini dikendalikan oleh Ustazah Noor Lelawati bt Abd Ghani dengan dibantu beberapa orang fasilitator iaitu Muhammad Hakim Hairudin,Muhammad Faeez Nor Apendi,Farra Azaneen Daud,Nur Izzati,Syazwan Zakaria & Imran.Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan tentang kaedah membuat slide show secara kreatif menggunakan Program Microsoft Power Point yang diharapkan dapat membantu guru-guru mempelbagaikan teknik persembahan dalam PdP masing-masing.Bengkel ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bergantung kepada permintaan dan keperluan para guru.


Monday, 9 January 2012

PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 6 STAM 2012

10 Januari 2012 Selasa- Pendaftaran pelajar Tingkatan 6 STAM.Dianggarkan seramai 80 orang pelajar akan mendaftar hari ini.Para pelajar yang terpilih ini adalah daripada sekolah-sekolah Agama Menengah sekitar Selangor.Sebahagian besar adalah daripada bekas pelajar SAMT Kuala Kubu Bharu ini sendiri.Terdapat juga para pelajar yang tidak dapat hadir kerana terlibat dengan Program Latihan Khidmat Negara.Program pendaftaran kali ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh Ustazah Siti Khatijah Mohd Hanafiah yang bertindak sebagai Penyelaras STAM dengan dibantu oleh Guru Kelas iaitu Ustazah Siti Fatimah & Ustazah Rozana (menggantikan Ustazah Rosnaini) serta warga Pengawas dan MPA asrama.Tahniah dan syabas kepada para pelajar yang hadir.Diharapkan mereka terus istiqamah meneruskan perjuangan menduduki STAM 2012.





Wednesday, 4 January 2012

PENDAFTARAN TINGKATAN 1

5 JANUARI 2012 - Hari ini bermulalah sesi persekolahan bagi pelajar-pelajar Tingkatan 1 yang mula mendaftarkan diri di SAMT Kuala Kubu Bharu.Ahlan wasahlan buat semua pelajar baru yang hadir bersama ibu bapa dan penjaga masing-masing.Dianggarkan hampir 160 orang pelajar Tingkatan 1 yang mendaftar hari ini.Semoga pelajar-pelajar baru Tingkatan 1 ini bersemangat memulakan sesi persekolahan di SAMT Kuala Kubu Bharu.Sematkan azam untuk menjadi pelajar yang cemerlang dan berjaya dunia akhirat.




Thursday, 1 December 2011

SELAMAT BERCUTI

Alhamdulillah berakhir sudah sesi pembelajaran 2011..dan kini bermulalah cuti persekolahan akhir tahun buat semua warga pelajar..apa pun tidak dilupakan calon2 SPM & STPM yang kini berhempas pulas meneruskan perjuangan mereka mencipta kecemerlangan..pastinya guru-guru juga resah menantikan keputusan yang bakal diraih oleh para pelajar tahun hadapan.Tidak dilupakan sebilangan guru yang diamanahkan mengawasi Peperiksaan SPM & STPM..Berkorban masa dan tenaga serta cuti semata-mata menjalankan tugas..semuanya demi kegemilangan anak bangsa..Buat warga pelajar yang sedang bercuti,nikmati dan manfaatkan cuti anda sebaiknya..Selamat Bercuti..dan Moga tahun 2012 yang bakal menjelma menjanjikan seribu satu kecemerlangan buat semua..insya Allah

Friday, 18 November 2011

PROGRAM PASCA STAM 2011

31 Okt- 15 Nov 2011..Unit HEM dgn kerjasama Panitia Sivik & STAM telah berjaya menganjurkan Program Pasca STAM khusus untuk para pelajar STAM.Program ini diatur bagi mengisi kekosongan masa para pelajar sebelum mereka menghadapi MUET pada 19 Nov 2011..Pelbagai program menarik diatur antaranya Master Chef, Public Speaking, Mural kantin dan asrama , Program Korban, Riadhah, Khidmat Masyarakat Rumah Anak Yatim Baitul Hasanah KKB, Bowling, Tafaqquh Fiddin, Kembara Rohani, dan tidak ketinggalan Kelas Intensif MUET. Program ini dikendalikan sepenuhnya oleh para pelajar yang diketuai oleh saudara Ahmad Muizzuddin dan dibantu oleh saudari Nur Amira Syuhada serta Nur Hazirah bt Md Saat.Segala program yang diatur berjalan lancar berkat sokongan dan kerjasama yang padu antara semua pihak.Program ini benar-benar melatih para pelajar agar pandai mengatur organisasi dan program dengan penuh dedikasi. Syabas buat semua pelajar STAM. Anda memang hebat!!!