Saturday, 12 May 2012

PESTA PANTUN PERINGKAT DAERAH HULU SELANGOR 2012

26 APRIL 2012-Sekali lagi Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu menjadi tuan rumah bagi Pesta Pantun Peringkat Hulu Selangor 2012.Pertandingan ini disertai 13 buah sekolah iaitu:
  1. SAMT KUALA KUBU BHARU
  2. SMK KUALA KUBU BHARU
  3. SMK DATO HJ KAMARUDDIN
  4. SMK AMPANG PECAH
  5. SMK BANDAR SUNGAI BUAYA
  6. SMK SERENDAH
  7. SMK KAMPUNG SOEHARTO
  8. SMK BANDAR BARU BATANG KALI
  9. SMK SYED MASYHOR
  10. SM SAINS HULU SELANGOR
  11. SMK BUKIT SENTOSA
  12. SMK BUKIT SENTOSA 2
Setiap sekolah diwakili 5 orang peserta yang terdiri daripada pemantun pertama,pemantun kedua,pemantun ketiga,pemantun keempat(simpanan) dan yang terakhir pemantun keenam(simpanan).Pertandingan ini dijalankan di 3 tempat iaitu di Dewan Abu Hurairah,kelas Tingkatan 6 Atas Pengajian Islam dan Pusat Sumber dan diadakan dari pukul 8 pagi hingga 6 petang.SMK BUKIT SENTOSA telah menjuarai Pertandingan Pesta Pantun Peringkat Hulu Selangor bagi tahun 2012 dan naib johan adalah SMK Kampung SOEHARTO.Tahniah kepada yang memenangi dan bagi yang tidak jangan putus asa.Mungkin bukan rezeki anda disini.Teruskan usaha anda ^_^










Sekarang bermulalah bahang Peperiksaan Akhir Tahun 2012 bagi semua pelajar SAMT Kuala Kubu Bharu bermula daripada Ting 1 hinggalah Tingkatan 6A STPM. Peperiksaan akan berakhir pada penghujung minggu sebelum cuti pertengahan tahun. Didoakan semoga para pelajar dapat menjalani peperiksaan ini dengan tenang dan dapat memberikan jawapan yang terbaik bagi semua mata pelajaran. SAMTKKB TERBAIK...

Wednesday, 2 May 2012

Bahang peperiksaan kembali lagi...bermula 10 hb Mei 2012 Peperiksaan Pertengahan Tahun akan dijalankan buat semua Pelajar Menengah Tinggi manakala Pelajar Menengah Rendah pula akan muka menjalani peperiksaan pada 15 Mei 2012. Kami selaku pihak pengurusan Pusat Sumber sekolah ini ingin mengucapkan "Selamat Berjuang" buat semua pelajar. Didoakan semoga para pelajar dapat menghadapi peperiksaan ini dengan tenang dan lancar. Semoga anda semua beroleh kejayaan yang cemerlang. Bittaufiq wannajah, insya Allah.

Monday, 12 March 2012

Bulan Bahasa SAMT KKB 2012

Program Minggu Bahasa telah dilancarkan pada hari Isnin 5 Mac 2012 .Program ini adalah anjuran Unit Akademik di bawah Bidang Bahasa yang merupakan program usahasama di antara Panitia Bahasa Melayu,Bahasa Inggeris dan juga Bahasa Arab.Minggu Bahasa Melayu bermula pada 5-9 Mac dan diikuti oleh Minggu Bahasa Arab dan Bahasa Inggreis pada minggu-minggu berikutnya.Pelbagai pertandingan yang dianjurkan oleh Panitia Bahasa Melayu.Antaranya ialah:
  1. Bicara Berirama
  2. Pidato
  3. Pantun
  4. Debat Bahasa Melayu
  5. Permainan Sahibba
Bersempena dengan Program Bulan Bahasa ini juga, Pihak Pusat Sumber turut menjalankan Program Pembugaran NILAM bagi meningkatkan lagi budaya membaca dalam kalangan pelajar melalu penglibatan aktif mereka dalam pelbagai aktiviti Rakan Pembaca.Semoga usaha murni yang dijalankan ini mampu meningkatkan kecemerlangan dan jati diri para pelajar.













Sunday, 11 March 2012

Merentas Desa Peringkat Sekolah







Sabtu 3 hb MAc 2012-Hari ini merupakan sekolah ganti.Unit Kokurikulum SAMTKKB telah menganjurkan Acara merentas Desa peringkat sekolah.Kemeriahan jelas terasa apabila semua pelajar dan guru bersemangat menjayakan acara tahunan ini.Para peserta melakukan senaman ringan sebelum acara merentas desa dimulakan pada jam 8.30 pagi.Setiap ahli memakai label nombor mengikut firqah masing-masing.Kejayaan besar diraih oleh Rumah Hijau.Tahniah!!!!!

Monday, 13 February 2012

Usrah Profesional Bersama AFM & Che Mat

Unit BADAR SAMT KKB dan HEM telah menganjurkan satu program bagi para nuqoba' bagi mengetahui cara mengendalikan usrah dengan lebih efektif dan berkesan.Program ini dinamakan sebagai Klana Nuqaba' yang berlangsung selama 2 hari pada 12-13 Februari 2012 di SAMT Kuala Kubu Bharu dan ahlinya terdiri daripada para Nuqaba' yang terdiri daripada para pelajar Tingkatan 3-6.Bagimerealisasikan impian melahirkan nuqaba' dan da'ie yang cemerlang, pihak sekolah telah menjemput wakil Faliheen Managment bagi mengendalikan  program ini. 


















Friday, 3 February 2012

Keputusan Sijil Menengah Agama(SMA) dan Sijil Tinggi Agama Menengah(STAM)

Pada hari Khamis 26 Januari yang lalu,keputusan SMA dan STAM telah keluar serentak pada hari yang sama.Alhamdulillah keputusan peperiksaan para pelajar SAMT Kuala Kubu Bharu pada kali ini ada sedikit peningkatan dan sangat membanggakan tenaga pengajar.Pelajar SMA yg mendapat MUMTAZ seramai 5 orang.
Pelajar yang mendapat keputusan MUMTAZ:

  1. Muhamad Taufiq Bin Muslim
  2. Nurul Ashirah Binti Abu Bakar
  3. Intan Farhana Binti Taib
  4. Nur Lyla Binti Zailee Karim
  5. Nur Hidayah Binti Ramli
Pelajar yang lulus seramai 88 orang daripada 96 orang.Manakala Keputusan Stam pula ada sedikit penurunan tetapi ada beberapa matapelajaran yang menunjukkan peningkatan.Pelajar yang mendapat MUMTAZ serramai empat orang:

  1. Syed Izzudin
  2. Ahmad Muizzuddin
  3. Izzah Nabihah
  4. Siti nur Hanisah Zainudin
  • MUMTAZ:4 orang = 7.41%
  • JAYYID JIDDAN:8 orang = 13.56%
  • JAYYID:8 orang = 32.76%
  • MAQBUL:21 orang = 36.21%
  • ROSIB:6 orang = 10.17%
Jumlah pelajar yang lulus seramai 52 orang dengan peratus 89.66% dan yang gagal seramai 6 orang sebanyak 10.17%.
        Walau apa pun teruskan perjuangan untuk terus mencari dan menimba ilmu serta mendidik anak-anak genarasi akan datang.Yang gagal tidak semestinya gagal selamanya.Jadikan kegagalan itu sebagai pendorong untuk kita lebih maju kehadapan.


Monday, 23 January 2012

TAKLIMAT PUSAT SUMBER & NILAM UNTUK ORIENTASI TING 1

Isnin 9 Januari 2012- Satu taklimat berkaitan perkhidmatan Pusat Sumber dan juga NILAM telah diadakan semasa Program Orientasi Pelajar Tingkatan 1.Taklimat berkaitan Pusat Sumber telah disampaikan oleh Ustazah Noor Lelawati Abd Ghani,selaku Guru Perpustakaan & Media , manakala taklimat berkaitan NILAM pula disampaikan oleh ustazah Maharom Marjumat selaku Guru NILAM.Setiap pelajar dibekalkan buku Nilam bagi tujuan merekod bacaan.
Pendedahan tentang faedah Nilam serta tahap pencapaian Nilam diterangkan secara terperinci bagi   menggalakkan budaya membaca dalam kalangan pelajar.